Followers

Wednesday, December 28, 2011

entri paling emosi.

Terdetik hari ni untuk berbicara tentang hubungan sesama insan. Emosi terlebih hari ini.

Alhamdullilah...
sehingga sekarang dan sehingga detik ini,
aku masih yakin dan percaya 
akan babak cinta yang terpatri antara aku dan dia
pelbagai reaksi yang aku terima tentang perhubungan kami
kadang-kadang aku takut untuk meneruskan hari-hari ini
kadang-kadang aku rasa gerun
mana mungkin manusia mampu menentukan
sedangkan kita insan kerdil ini hanya mampu merancang..

aku mahu yang terbaik untuk dia
aku cuba untuk memutuskan perhubungan ini
tatkala aku menerima satu tawaran merantau satu lautan
zalimkah aku ?
sedang dia mengharap menungguku
kalimah itu juga yang terkeluar dari bibir aku
yee..dia masih menerima aku
maaf...aku tak bermaksud untuk begitu..
kerana aku juga mahu menunggu dia..

ada orang tanya
mengapa tidak ikat je dulu ?
dan aku menjawab :
aku terlalu muda untuk itu
aku terlalu tak matang untuk itu
aku belum boleh menerima tanggungjawab itu
tanggungjawab aku kini adalah belajar dan 
terhadap kedua2 orang tuaku
mereka lebih memerlukan aku buat masa sekarang

mana mungkin aku mampu menolak
perasaan ini datang sebagai satu hakikat diri
penciptaan manusia tak boleh lari daripada perasaan ini
aku cuba untuk mengenali
aku cuba untuk mendekati dia
sedang harapan aku untuk bersama selamanya

semuanya jauh daripada mata
apa aku boleh buat kalau dia terjadi apa-apa ?
itulah realitinya
sesuatu yang amat sukar bagi cinta jarak jauh
antara kami berdua..

aku yakin dan percaya
aku setia disini..dan dia setia disana..
aku belajar bersungguh-sungguh disini..dan dia disana apatah lagi..
aku bersyukur aku jauh daripadanya
kerana kalau dekat..mungkin aku yang menjadi alpa

kadang-kadang aku dan dia bergaduh
kerana mulut-mulut orang disekeliling ?
tapi sampai manalah sangat
telefon pun kredit cepat habis..
apatah lagi dengan khabar angin yang memang hanya direka-reka
perlu ke aku percaya?

kejujuran dia..aku nampak ke ?
apatah lagi kejujuran aku disini..kat mana dia nak observe ?
hari2 dia bersama siapa..aku dengan siapa ?
mana mungkin dapat dilihat dengan kaca mata sendiri
seperti dulu lagi..

kata orang
bercinta jarak dekat lebih romantik
lebih serius...lebih tahan lama
boleh berjumpa hari2..bergayut hari2..
masalah dihadapi selalu dikongsi..
tapi bagi aku
bercinta jarak jauh..adalah paling romantik
ujian tahap kesetiaan,kejujuran dan kepercayaan adalah level A+
dapat ke level ni kalau jarak dekat ?
kurang berhubung..
tak berjumpa hari-hari..
tapi yang ada hanyalah dihati..
berdoa mengharapkan terbaik daripada Ilahi

3hari lagi genap 8bulan kami bersama
segala episod dulu telah berlalu dan pergi
kalau 8 bulan dulu
aku buat keputusan..memilih jalan ini
menerima dia dalam hidupku
cinta dia . hidupnya menjadi hidupku.
kalau 8bulan dulu
aku menangis
sebab seorang lelaki yang tak layak menerima aku
sekarang aku menangis sebab cintanya terlalu besar untukku.

itulah hakikatnya
bila jarak memisahkan kami berdua..
apa yang tinggal kini
hanyalah doa aku dan dia
kerana ALLAH SWT telah mengaturkan segalanya
pengaturan yang terbaik untuk hambaNYA..

YA ALLAH..
aku berserah kepadaMU
aku hanya mampu merancang
sedangkan segala ketentuan itu daripadaMU

YA ALLAH..
jika aku lalai dengan apa yang aku ada sekarang
KAU perbetulkanlah semula akidahku YA ALLAH..
kerana apa yang aku harapkan
yang terbaik buat diri aku dan dia
mengharapkan keredhaan daripadaMU..

kalau orang kata bercinta itu memesongkan akhlak dan akidah
itu silap
kalau orang kata kerana jarak pasangan hilang arah
itu lagi silap
kalau orang kata hubungan jarak jauh 
tak kekal lama kerana masing-masing akan curang
itu lagilah silap
kerana segala-galanya adalah di hati dan niat
sesungguhnya 
ALLAH SWT Maha Mengetahui dan Maha Melihat. ya Allah ='D



semoga jarak ini bukan penghalang
untuk selama2nya terpatri
dalam ingatan
dalam barakah
dengan pengikatan hubungan
semuanya terserah kepada ILAHI..

Yang  menyayangimu sentiasa,
Sayang 
Mine,not yours. Powered by Blogger.