Followers

Wednesday, December 28, 2011

Long distance relationship.

kali ni aku kembali dengan satu entri yang mungkin tak mampu membuat semua orang memahami
atau mungkin mendapat cemuhan sesetengah pembaca.

kadang-kadang perasaan gagal diungkap melalui lisan
 ia di transmit ke hati
ramai yang dilukai
ramai juga yang menjadi mangsa putus cinta
dan ramai juga yang menjadi menyimpan dendam
CINTA. LOVE. mana mungkin kita mampu menolak..menghalang
sedang kita hamba Allah yang hanya mampu merancang
selebihnya hakikat dan ketentuan itu ada pada Tuhan

"apa yang diharap adalah keberkatan
apa yang diimpi adalah keredhaan
apa yang dicita adalah berkekalan"

kadang-kadang bila jarak yang memisahkan
mulut orang disekeliling kita yang menjadi satu kekuatan
sedang itu bukti kita gagal untuk meletakkan satu kepercayaan
kadang-kadang bila jarak jauh yang menjadi alasan
kita pula yang berpaling tadah mencari seseorang yang mampu ada dekat untuk berdampingan
tiada apa yang perlu dibanggakan
jika kesetiaan diletakkan jauh daripada perasaan dan pegangan

jauhnya kita bukan bererti kita lari
jauhnya kita bukan bererti kita rengang
jauhnya kita bukan bererti kita suram
percaya pada kesetiaan
itu yang meletakkan jarak kita secara visualnya hanya seiinci

buat Mohd Razlansyah
percayalah kepada kesetiaan yang kita teguhkan hingga ke hari ni
percayalah akan diri ini walaupun tak sampai satu milli
jangan pernah sedih dalam melalui hari-hari yang akan datang dan telah pergi
kerana itu bukti kita kuat dan teguh 

selamat melalui hari-hari mendatang dengan penuh sabar
berjuanglah selagi mampu sehingga tercapai cita-cita yang dinanti
sehingga sampai satu detik kau mampu kembali untuk membawa satu cincin :)


Ya Allah
tunjukkanlah aku jalan yang benar dan lurus
berikanlah aku hidayah dan rahmatMu
seandainya aku bukan untuknya
jauhkanlah aku dari dia
seandainya dia ditakdirkan untukku
jagakanlah akhlah dan akidahku
peliharakanlah nurani dan kendirinya
jika apa yang aku lalui haram disisiMu
perteguhkanlah imanku untuk menentang segala kekusutan yang ada
semoga apa yang kami lalui seharian
mendapat keberkatan daripadaMu Ya Allah
Amin.


Mine,not yours. Powered by Blogger.